Thursday 1 December 2011

DISLEKSIA




KONSEP DISLEKSIA
Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

PENDIDIKAN DISLEKSIA DI MALAYSIA
Menyediakan strategi khusus dalam pendidikan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada untuk memperbaharui tekad serta tingkatkan harga diri dan keyakinan diri untuk berjaya.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN DISLEKSIA
1. “Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat” (Lerner, 1997).



Add caption
2. Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991)

No comments:

Post a Comment