Monday 5 December 2011

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

          Merubah persekitaran fizikal bilik darjah.
          Menggunakan kedudukan proxi atau pembelajaran carrel.
          Merubah penyusunan kumpulan.
          Sediakan bantuan/tunjuk ajar ketika murid lakukan tugasan.
          Beri arahan dalam kumpulan yang kecil.
          Bimbingan rakan sebaya/ ‘peer tutoring’.
          Merubah prosedur pengurusan kelas.
          Lakukan pengurusan tingkah laku.
          Laksanakan laporan harian/mingguan kepada ibu bapa.
          Gunakan senarai semak, buku nota dan bahan bantuan .
          Rancang masa untuk tugasan tertentu.

Sunday 4 December 2011

UJIAN DIAGNOSTIK DISLEKSIA

-       Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DISLEKSIA

-       Program disleksia mengandungi pendekatan, kaedah dan aktiviti berasaskan kepada gaya belajar setiap individu yang bertujuan untuk menangani masalah yang dialami oleh murid-murid disleksia secara individu.

-       Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam/Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.  Huraian Sukatan Pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA

1. Pertuturanpelat , gagap dan lambat bercakap
2.Literasi ( Bacaan dan tulisan )
3.Sistem nombor.
4.Urutan ( Sequencing )
5.Ruang - spatial
6.Memori jangka pendek.
7.Rendah diri ( Lack of self-esteem )
8.Tingkah laku.

Thursday 1 December 2011

DISLEKSIA




KONSEP DISLEKSIA
Murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

PENDIDIKAN DISLEKSIA DI MALAYSIA
Menyediakan strategi khusus dalam pendidikan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada untuk memperbaharui tekad serta tingkatkan harga diri dan keyakinan diri untuk berjaya.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN DISLEKSIA
1. “Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat” (Lerner, 1997).



Add caption
2. Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit/kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecerderaan/kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia (Rourke, 1991)